Friday, April 29, 2011

Datuk Seri Najib Tun Razak lawat Terengganu

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib akan mengadakan lawatan sehari ke Terengganu pada esok hari, Sabtu, 30 April 2011 dalam Program Turun Padang Bersama Rakyat.

Antara lokasi yang bakal dikunjungi beliau adalah Pasar Batu Enam, Kampung Pengkalan Arang, Manir dan Pulau Duyong di Kuala Terengganu.

Selain melawat pasar berkenaan, beliau akan menziarahi rumah beberapa penduduk di Kampung Pengkalan Arang selain melawat tapak pasar Bukit Tunggal, sebelum menghadiri jamuan rakyat berkonsep tradisional di Kampung Pulau Bahagia.

Perdana Menteri juga dijadual merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, sebelum mengadakan pertemuan dengan rakan online pada sebelah petang dan akan bertemu rakyat di Dataran Shahbandar di sini yang dijangka dihadiri 20,000 orang.

Program turun padang Perdana Menteri ke Terengganu adalah yang ketiga selepas beliau melawat Johor dan Sarawak sebelum ini.

rujukan :bernama Readmore...

Antara cerpen dan novel

Cerpen


- Satu cerita, satu tema. Satu tajuk, satu fokus.

- Jalan cerita pada satu sudut pandang , pada satu tempat tertentu dan berlatarkan satu masa. (bergantung kepada keadaan)

- Cara penulisan :
a. Cerpen yang ditulis sekadar sekali baca. Dimana, penulis menjelaskan sesuatu bakal berlaku dipenghujung cerita. Penceritaaan difokuskan sejak bermulanya cerita tentang bagaimanakah ia akan berakhir.
b. Cerpen yang ditulis berprinsip sebab dan akibat. Perkara yang berlaku menyebabkan berlakunya peristiwa lain. Contohnya, diragut peragut. Mangsa ragut melawan. Peragut menggunakan kekerasan. Mangsa ragut tersembam dibahu jalan. Peragut melarikan diri. Peragut dilanggar lori. Lori langgar lari.
c. Cerpen yang ditulis untuk menyampaikan ilmu atau maklumat. Sama ada berceramah (ujar penceramah itu, “…,” ) atau mencairkan ilmu (resapkan dalam cerita).
d. Cerpen yang ditulis untuk gambarkan latar tempat (suasana di luar Negara ataupun latar asing).
e. Cerpen yang ditulis untuk berfalsafah. Penulis mengemukakan falsafahnya dalam bentuk ayat untuk dijadikan hidangan kepada para pembaca. Sebagai contoh, harta memonopoli dunia. Penulis akan menghurai dan menjelaskannya sepanjang penceritaan.
f. Cerpen yang ditulis untuk menyindir. Kadang-kala, watak yang tak logik dihasilkan. Penceritaan berbaur sinis dan jenaka. Penggunaan pelambangan kepada cerita, kiasan atau perumpamaan. Jenis cerpen yang memerlukan penelitian. ada yang menggunakan watak haiwan atau benda untuk mengantikan watak manusia. Namun, fokusnya adalah sindiran.

- Perkara penting apabila menulis cerpen :
a. Jangan masukkan sesuatu yang tak ada kaitan dengan cerita dan tema (selitkan tidak mengapa)




Novel


- Sepertimana cerpen, kisah tentang kehidupan manusia. Dua mode dalam diri manusia. Kesedaran dan perilaku (karakter).

- Plot, latar dan konflik amat dititikberatkan.

- Medium novel adalah bahasa. Penggunaan metafora.

- Jenis-jenis novel :
a. Novel psiko
b. Novel kehidupan
c. Novel misteri/horror
d. Novel cinta / roman
e. Novel fiksyen
f. Novel ilmiah
g. Novel petualangan/detektif

- Cara penulisan ada dua jenis :
 Sama ada menulis terus
 Susun plot mengikut bab :
a. Fikirkan jalan cerita.
b. Pilih nama watak
c. Sinopsis (secara rambang dan di edit dari masa ke masa)
d. Drafkan jalan cerita. Tak perlu begitu details.
e. Pabila kehabisan idea, baca semula apa yang telah kita tulis. Insyaallah, boleh mendatangkan ilham menulis.

- Tips menulis :
a. Menulis untuk orang yang disayangi. Misalnya, keluarga, sahabat atau kekasih. Jangan menulis kerana penerbit. Kerana pabila kita menulis untuk seseorang, seakan-akan kita mempunyai satu keyakinan dan dorongan untuk menyiapkannya. Menyiapkan sesebuah novel memerlukan kesabaran, komitmen dan idea-idea kreatif.
b. Tulis apa yang difikirkan. Tak perlu fikir sama ada idea itu bagus atau tak. Ada saja idea, terus tulis. Selesai menyiapkan cerita, barulah proses mengedit dilakukan.
c. Setelah menyiapkan novel, jangan terus berhenti ditahap itu. Walaupun, dihantar kepada penerbit dan penerbit menolak. Perbaiki kelemahan novel. Cuba hantarkan manuskrip novel kepada penerbit lain pula.

- Perkara penting dalam menulis novel
a. Pilih sudut pandangan. Pertama atau ketiga.
b. Hasilkan novel yang dapat menarik perhatian para pembaca agar ternanti-nanti babak seterusnya. Selitkan unsur-unsur suspen dalam setiap bab. Readmore...

Tuesday, April 19, 2011

Haram letak gambar bernyawa dalam rumah ?

Haram letak gambar bernyawa dalam rumah ?

hah ? betulkah ni ?

selama ni, elyna ingatkan gambar-gambar haiwan je yang tak boleh .. gambar orang, gambar kita sendiripun tak boleh ? habis tu, gambar kenangan masa konvokesyen ? gambar bersama keluarga ?

elyna jumpa semua ni kat blog Hukum meletakkan gambar bernyawa

~~~ Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. ~~~

rujuk sini jugak Malaikat tak masuk kalau ada patung dalam rumah Readmore...

Tuesday, April 12, 2011

Hari ni minta maaf, esok buat lagi ?

pernah jumpa seseorang yang perangai macam ni tak ?

seseorang yang jadikan kesalahan berulang sebagai satu tabiat.

hari ni, habis-habisan meminta maaf. mengaku kelemahan diri, esok lusa buat lagi. bukan sekali dua di tegur tapi teguran nasihat bagai masuk telinga kanan keluar di telinga kiri.

apa pandangan anda ?

layakkah orang sebegini dimaafkan ?

~elyna tak dengar jawapan, nabi ampunkan ummat .. sebab kita manusia. ya, nabi juga manusia tapi nabi bersifat maksum. terpelihara daripada melakukan dosa~ Readmore...

Sunday, April 10, 2011

Susah ke beri dan jawab salam ?

akum .. a'kum .. semekom .. kumcalam ..

pe bende ni ??
susah ke nak taip as salam or salam or assalamualaikum ? or salamun alaikum ?
susah ke nak jawab salam ? beri salam ?
dengan cara yang betul ?
penat ke jari tu tambah beberapa huruf ?


bila ditanya,

kumcalam ?? apa tu ?
dia jawab waalaikummusalam.

oo .. jawab salam rupanya ...
tapi

elyna balas,

ada ke kumcalam dalam Islam ?
pandai pula jawab tidak ...


pernah tahu kepada siapa yang kita dimakruhkan memberi salam ?

1. orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
2. orang yang sedang berada didalam tandas
3. Orang yang sedang makan dan minum
4. orang yang sedang berperang
5. Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
10. Orang yang sedang qada’ hajat.
11. Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
12. Orang yang sedang iqamat
13. Orang yang sedang mabuk.
14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
15. Orang yang sedang solat
16. Orang gila
17. kanak-kanak
18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur
19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah



rujukan
1. Cara jawab salam yang betul
2. Soal jawab salam


~kalau malas, jangan bagi salam~
~kalau ada yang bagi salam ditempat tak sepatutnya, tak wajib jawab~
~sapa jawab salam dalam solat, batal solat dia~
~kalau lelaki bukan mahram bagi salam kepada perempuan cantik, boleh timbulkan fitnah, haram perempuan tu jawab salam~
~kalau perempuan beri salam kepada lelaki, kalau lelaki jawab, hukum dia makruh~
~kalay perempuan tua(tak datangkan fitnah) harus beri salam kepada lelaki. lelaki pulak wajib jawab salamnya~ Readmore...

Wednesday, April 6, 2011

Lelaki suka dipanggil abang ?

Ya ke ? Betulkah lelaki suka dipanggil abang ?
Pada pandangan elyna, ia betul.

kenapa ?

elyna sendiri tak pasti jawapan sebenar tapi bila dikaitkan dengan situasi dan keadaan semasa, ia mengukuhkan pernyataan yang nyata.

contoh :

1. kat tempat kerja elyna
sorang akak tu nak minta tolong dekat lelaki yang asyik tahu nak marah orang je. asyik nak menang je tapi bila akak tu cakap

" alaa, abang,"
" ikut suka abangglah,"
" abaanng,"

guna nada lembut-lembut terus yang bertanduk, yang dah macam singa nak telan orang jadi kendur patela (kepala lutut)

2. jiran elyna pulak
tak nak beli barang tu tapi bila Mek Kelate tu cakap

" Abe, beli la be, muroh jah," [psst .. elyna tak pandai nak kecek kelate tapi nak bagitahu kat sini sebab minah kelate tu duk asyik berabe-abe, akhirnya terbeli jugak barang tu. niat dihati tak nak belipun.


[~~elyna makin tak faham dengan sorang mamat kat tempat kerja ni ==" asyik nak cari pasal je dengan elyna. walhal, elyna hanya bercakap bila perlu je dengan dia. tu pun, still dia cari je point nak marah-marah dan nak suruh elyna marah.. geram betul ==!]

[~~elyna tak reti nak panggil orang abang-abang ni .... geli lor~~] Readmore...

Tuesday, April 5, 2011

Zaman kanak-kanak ? Seronok ?

Masa berlalu. Melangkah pergi tanpa menoleh lagi. Dari bayi menjadi kanak-kanak. Remaja, dewasa dan akhirnya warga tua. Yang masih diberi kesempatan untuk bernafas insyaallah pasti akan melaluinya.

Banyak kenangan manis dan pahit tercipta. Album kenangan mengumpul segala. Ada yang sejak kecil menelan pahit kehidupan. Waktu insan sebaya mereka sekadar bergelak tawa, sudah ada yang pandai menilik corak dunia.

Lain manusia lain ukiran hidupnya. Berbeza adunan. Berbeza acuan. Berbezalah hasil didikan.

~~actually, cari mood nak buat manuskrip novel kanak-kanak. Ni dah kira kali ke berapa gagal menyelami kehidupan seorang kanak-kanak~~
~~susahnya beremosi seperti kanak-kanak =="~~ Readmore...

Monday, April 4, 2011

Best ke blog lambat load ?

Soalan ke tu ?

Best ke blog lambat load ? Tak suka ? Tak best ? So, apasal letak widget-widget mengarut banyak-banyak ? Tayang gambar-gambar personal or so whatever diblog ? Just buat blog makin lembab untuk load jelah ==!

Kalau rasa blog tu hak kamu, tak suka pangkah, setting untuk privatekan jelah ==! Readmore...

PENULIS NOVEL ? CERPEN ? TANGGUNG DOSA ?

Aku kadang-kadang sering tertanya-tanya. Apakah hukum menulis kisah kekasih bercinta ?

Apakah hukum menulis tentang pasangan bertunang keluar berdua-duaan ? Bukan lagi jelas dan terang semua ni bertentangan dalam Islam ? Walau sekadar dalam bentuk penulisan ?

Kadangkala terfikir sendirian. Andai apa yang tertulis dalam bentuk perkataan menjadi ikutan. Apakah dosa yang mereka lakukan dipikul sama disebabkan terikut dengan babak dalam petikan ?

Hampir kesemua novel, aku masukkan elemen cinta sebagai tarikan. Kehendak pasaran !
Novel terbaru, masih dalam penilaian masih berbabakkan cinta bertemakan kehidupan.

Apakah berdosa andai aku terus menulis mengenai ini sebagai topic persoalan ? Siapa yang arif kemukakan jawapan. Huraikan persoalan. Readmore...