Friday, April 29, 2011

Home » Antara cerpen dan novel

Antara cerpen dan novel

Cerpen


- Satu cerita, satu tema. Satu tajuk, satu fokus.

- Jalan cerita pada satu sudut pandang , pada satu tempat tertentu dan berlatarkan satu masa. (bergantung kepada keadaan)

- Cara penulisan :
a. Cerpen yang ditulis sekadar sekali baca. Dimana, penulis menjelaskan sesuatu bakal berlaku dipenghujung cerita. Penceritaaan difokuskan sejak bermulanya cerita tentang bagaimanakah ia akan berakhir.
b. Cerpen yang ditulis berprinsip sebab dan akibat. Perkara yang berlaku menyebabkan berlakunya peristiwa lain. Contohnya, diragut peragut. Mangsa ragut melawan. Peragut menggunakan kekerasan. Mangsa ragut tersembam dibahu jalan. Peragut melarikan diri. Peragut dilanggar lori. Lori langgar lari.
c. Cerpen yang ditulis untuk menyampaikan ilmu atau maklumat. Sama ada berceramah (ujar penceramah itu, “…,” ) atau mencairkan ilmu (resapkan dalam cerita).
d. Cerpen yang ditulis untuk gambarkan latar tempat (suasana di luar Negara ataupun latar asing).
e. Cerpen yang ditulis untuk berfalsafah. Penulis mengemukakan falsafahnya dalam bentuk ayat untuk dijadikan hidangan kepada para pembaca. Sebagai contoh, harta memonopoli dunia. Penulis akan menghurai dan menjelaskannya sepanjang penceritaan.
f. Cerpen yang ditulis untuk menyindir. Kadang-kala, watak yang tak logik dihasilkan. Penceritaan berbaur sinis dan jenaka. Penggunaan pelambangan kepada cerita, kiasan atau perumpamaan. Jenis cerpen yang memerlukan penelitian. ada yang menggunakan watak haiwan atau benda untuk mengantikan watak manusia. Namun, fokusnya adalah sindiran.

- Perkara penting apabila menulis cerpen :
a. Jangan masukkan sesuatu yang tak ada kaitan dengan cerita dan tema (selitkan tidak mengapa)




Novel


- Sepertimana cerpen, kisah tentang kehidupan manusia. Dua mode dalam diri manusia. Kesedaran dan perilaku (karakter).

- Plot, latar dan konflik amat dititikberatkan.

- Medium novel adalah bahasa. Penggunaan metafora.

- Jenis-jenis novel :
a. Novel psiko
b. Novel kehidupan
c. Novel misteri/horror
d. Novel cinta / roman
e. Novel fiksyen
f. Novel ilmiah
g. Novel petualangan/detektif

- Cara penulisan ada dua jenis :
 Sama ada menulis terus
 Susun plot mengikut bab :
a. Fikirkan jalan cerita.
b. Pilih nama watak
c. Sinopsis (secara rambang dan di edit dari masa ke masa)
d. Drafkan jalan cerita. Tak perlu begitu details.
e. Pabila kehabisan idea, baca semula apa yang telah kita tulis. Insyaallah, boleh mendatangkan ilham menulis.

- Tips menulis :
a. Menulis untuk orang yang disayangi. Misalnya, keluarga, sahabat atau kekasih. Jangan menulis kerana penerbit. Kerana pabila kita menulis untuk seseorang, seakan-akan kita mempunyai satu keyakinan dan dorongan untuk menyiapkannya. Menyiapkan sesebuah novel memerlukan kesabaran, komitmen dan idea-idea kreatif.
b. Tulis apa yang difikirkan. Tak perlu fikir sama ada idea itu bagus atau tak. Ada saja idea, terus tulis. Selesai menyiapkan cerita, barulah proses mengedit dilakukan.
c. Setelah menyiapkan novel, jangan terus berhenti ditahap itu. Walaupun, dihantar kepada penerbit dan penerbit menolak. Perbaiki kelemahan novel. Cuba hantarkan manuskrip novel kepada penerbit lain pula.

- Perkara penting dalam menulis novel
a. Pilih sudut pandangan. Pertama atau ketiga.
b. Hasilkan novel yang dapat menarik perhatian para pembaca agar ternanti-nanti babak seterusnya. Selitkan unsur-unsur suspen dalam setiap bab.

3 comments:

The Crow Empire said...

Wah~ nice tips. Menulis untuk seseorang dapat memberi gambaran yg jelas tentang keadaan dan tujuan cerita. Dapat bagi semangat juga!

(^___^)

Siti Safiyyah said...

teringin nak menulis gak.. tapi tengah nak belajar lagi ni.. huhu.

touyakaruma said...

Adam Qaiser

Novel
Novel petualangan/detektif
menulis terus
Sudut Pandangan Pertama

Waaa Elyna tulis banyak lagi yang macam nie