Friday, April 29, 2011

Home » Datuk Seri Najib Tun Razak lawat Terengganu

Datuk Seri Najib Tun Razak lawat Terengganu

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib akan mengadakan lawatan sehari ke Terengganu pada esok hari, Sabtu, 30 April 2011 dalam Program Turun Padang Bersama Rakyat.

Antara lokasi yang bakal dikunjungi beliau adalah Pasar Batu Enam, Kampung Pengkalan Arang, Manir dan Pulau Duyong di Kuala Terengganu.

Selain melawat pasar berkenaan, beliau akan menziarahi rumah beberapa penduduk di Kampung Pengkalan Arang selain melawat tapak pasar Bukit Tunggal, sebelum menghadiri jamuan rakyat berkonsep tradisional di Kampung Pulau Bahagia.

Perdana Menteri juga dijadual merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, sebelum mengadakan pertemuan dengan rakan online pada sebelah petang dan akan bertemu rakyat di Dataran Shahbandar di sini yang dijangka dihadiri 20,000 orang.

Program turun padang Perdana Menteri ke Terengganu adalah yang ketiga selepas beliau melawat Johor dan Sarawak sebelum ini.

rujukan :bernama

3 comments: